Foto Instagram Fathia Latif.

KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Fathia Latiff mendedahkan tanggungjawabnya sebagai wanita mendorong dia kembali berhijab.

Malah kata Fathia, ketika bersama rakan-rakan yang berbeza agama, dia merasakan lebih mengenali diri dan asal usul.

“Saya banyak bergaul dengan orang bukan Islam dan ketika itu terdetik siapa diri ini… ketika solat, saya rasa macam tenang. Baru sedar rupa-rupanya saya ni orang Melayu, Islam yang kena pakai hijab.

“Saya macam tahu asal-usul. Saya tengok orang lain tak pakai, rasa macam cemburu juga. Tapi saya orang Islam, kena pakai tudung dan tak boleh ikut orang lain. So, saya mula pakai masa bulan Ramadan.

“Masa saya tak pakai tudung, rasa macam tak sedap hati. Sekarang Alhamdulillah… I feel relax and more like contented,” katanya.

Fathia berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama penyanyi rap Caprice di Instagram.

Wanita berusia 32 tahun itu turut berkongsi pengalaman kali pertama dia membuat keputusan untuk berhijab sekitar tahun 2016 ketika sedang berseronok di pusat karaoke.

Ketika itu, pelakon Ariana Rose ini berkata, dia melihat perkara menakutkan yang sukar untuk digambarkan seolah-olah satu teguran agar dia menutup aurat.

“Sebenarnya rasa hidup macam tak bermakna. Tiba-tiba saya rasa nak berhijab, masa itu tengah karaoke.

“Tiba-tiba tengah menyanyi, tengah bergembira saya boleh nampak benda-benda yang tak best. Macam all this ghost stuff. Saya gementar dan takut gila dan saya ambil selimut, tutup kepala.

“Saya nampak atuk yang dah meninggal dunia dan ketika itu saya tanya atuk sihat ke? Atuk ok ke Fathia macam ini dan dia geleng kepala. So, I was like so paranoid over it,” ujarnya.

Sementara itu, Fathia juga mendedahkan dia mengambil keputusan membuka tudung sekitar tahun 2019 disebabkan mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya.

“Saya rasa marah dan memberontak kerana seorang lelaki yang kantoi mesej dengan wanita lain.

“Ketika itu saya kir kenapa jadi baik tapi orang lain buat jahat pada saya” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast