Saudara pengarang,
Kami merujuk kepada artikel serta peringatan dari Dr. Nazeli Hamzah mengenai insiden pembuangan bayi yang sangat membimbangkan kini dan punca ianya terjadi (Sunday Star 23/06/90*). Semasa wabak Covid-19 berlaku masalah ini seharusnya diberikan perhatian segera. Pengurungan ketika PKP telahpun menyebabkan peningkatan bilangan kehamilan tidak diingini yang dapat dilihat melalui penambahan bilangan panggilan hotline** rujukan pengguguran kandungan RRAAM (Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia) untuk wanita.
Rekod kami menunjukkan purata 300 panggilan setiap bulan tetapi dalam bulan Mei selepas PKP terdapat peningkatan sebanyak 20% panggilan yang diterima. Di samping itu terdapat penambahan 10 kali ganda panggilan mengenai kehamilan yang telah lewat tempoh (20 minggu). Duka citanya, kesemua kehamilan ini boleh dirancang tetapi kerana kesan dari kehilangan kerja dan tempoh berpanjangan ekonomi yang tidak menentu disebabkan oleh Covid-19 telah memaksa mereka mengambil langkah terdesak. Tren ini dilaporkan berleluasa secara global menunjukkan halangan sosial disebabkan oleh pandemik jelas memberi kesan kepada wanita mengakses perancang kontraseptif dan pengguguran kadungan untuk menamatkan kehamilan mereka.
Kami menyokong cadangan Dr. Nazeli dalam menangani masalah ini melalui memberikan pendidikan seks dan perkhidmatan kontraseptif kepada para belia. Penyelesaian ini telahpun dicadangankan banyak kali, terutamanya bila timbul laporan berkenaan kehamilan usia muda atau pembuangan bayi, tetapi kurang nampak ada usaha melaksanakan cadangan tersebut dengan efektif.
Malangnya, kita tidak dapat mengelak dari menggunakan perkhidmatan pengguguran kandungan yang selamat terutamannya apabila penggunaan perancang kontraseptif gagal. Semestinya, ini lebih baik daripada membiarkan wanita terdesak sehingga sanggup membunuh bayinya sendiri. Jika kehamilan yang tidak diigini dapat dikesan dari awal (dalam tempoh 10 minggu) dan akses kepada pengguguran kandungan selamat tidak dilengahkan, wanita tersebut tidak akan mengalami apa-apa risiko perubatan.
Kami menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempertimbangkan pengguguran kandungan yang selamat sebagai satu polisi yang rasional dalam mengurangkan pembuangan dan pembunuhan bayi. Kini, akses kepada pengguguran kadungan yang selamat tidak saksama dan kebanyakkannya berlaku secara tersembunyi oleh sektor swasta oleh itu ia tidak dikawal selia dengan baik.
Oleh kerana akses kepada klinik-klinik aborsi bedah adalah terhad klien akan bergantung kepada pengugguran kandungan secara perubatan (Medical Abortion – MA) dengan penggunaan pil pengguguran. MA adalah satu metod yang diterima dalam menamatkan kehamilan awal (sebelum 10 minggu) dengan pemberian nasihat yang betul kepada klien. Penggunaan MA dengan khidmat telemedicine melalui telefon dan internet juga amat berkesan tanpa perlu klien menghadirkan diri ke klinik. Ternyata lockdown sedunia akibat wabak COVID-19 telah menyebabkan peningkatan kebergantungan dan penggunaan telemedicine.
Lebih dari 75 negara telah menerima penggunaan MA sejak 1988 dan negara-negara tersebut menggunakan MA dengan selamat selari dengan program-program kesihatan reproduktif (ini termasuk negara tetangga kita Thailand juga India dan Vietnam). KKM masih tidak menerima syor dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempromosikan penggunaan MA apabila tiadanya halangan perundangan seperti mana di Malaysia. Pengharaman pengunaan pil MA telah memaksa masyarakat mengaksesnya melalui laman Internet, yang mungkin menipu atau membahayakan kesihatan wanita. Mendaftarkan ubat MA akan memberikan wanita satu rawatan alternatif dibawah penyeliaan perubatan setempat apabila mereka tidak dapat hadir ke klinik. Ini akan mengelakkan dari berlakunya komplikasi perubatan akibat nasihat yang salah.
Melihat kepada laporan pembuangan bayi, masyarakat akan menyalahkan wanita dan remaja wanita kerana nasib yang menimpa mereka. Kita harus lebih peka kepada tahap pendidikan wanita-wanita ini dan akses yang mereka ada untuk perancang kontraseptif dan aborsi (apabila metod perancangan gagal), bayangkan situasi yang dihadapi oleh wanita dan remaja wanita sehingga sanggup membuang bayi mereka. Mereka mungkin tidak berkemampuan, kurang pengetahuan atau tidak berdaya menghadapi tindakan dan pendangan masyarakat konservatif kita. Dia berkemungkinan mangsa rogol yang tidak tahu cara untuk mencari penyelesaian atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai sistem reproduktif.
Kehamilan yang tidak diingini jika berakhir dengan pengguguran mahupun kelahiran akan memberi kesan yang besar kepada seorang wanita bujang dari segi bebanan ekonomi dan stigma sosial. Faktor-faktor ini amat berat dan akan memaksa seseorang wanita membuang bayinya dalam keadaan terdesak. Percubaan melakukan aborsi mungkin telah dilakukan tetapi tidak berjaya akibat kekurangan maklumat atau sumber yang betul. Jika difikirkan semula, masyarakat sebenarnya bertanggungjawab keatas tragedi ini tetapi kita hanya tahu mengutuk.
Kita sebagai masyarakat yang bertamadun sepatutnya melakukan sedaya upaya kita untuk membasmi tragedi ini daripada berterusan dan menimpa keatas wanita-wanita yang kurang bernasib baik dari kita. Terutamanya apabila kita sedar wujudnya langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mereka.
Dr SP Choong, Ahli pengasas and Penyelaras Hotline,
RRAAM. (Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia)
Cabaran masa kini dan akan datang bagi umat manusia khususnya umat Islam.
Kelangsungan sifat biologi manusia yg perlu dikawal.
Formulanya sudah ada. Cuma perlaksanaanya memerlukan kekuatan. Iaitu kekuatan IMAN. Khusus utk rakyat Malaysia yg mejoritinya beragama Islam.
Perlu ada perbincangan secara mendalam diantara ulama fikah. Pasti ada perbezaan pendapat. Namun pertembungan pendapat itu perlulah melalui proses kemuafakatan yg padu.
Tidak semua umat Islam mempunyai kekuatan IMAN. Pendekatan pendidikan seks secara Islam secara berterusan dan pendedahan yang betul Insyaallah masalah ini dapat dikurangkan.
Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum dan agama.
Disitu terdapat cabaran yang besar.
Namun dari cabaran yg besar itu, pasti ada ruang kejayaan yg besar juga.
Maka adalah lebih afdal sekiranya kemuafakatan diantara para ilmiah dlm bidang ini didlm agama masing2 perlu ada.
Sudah pasti ada pertembungan pendapat…tapi sekiranya ianya diadunkan dng sikap demi KEBAIKAN masyarakat Malaysia, sudah pasti ada TITIK PERSAMAAN. Maka jadikanlah titik kebersamaan itu sebagai formula utk menghadapi kemelut fitrah manusia ini.
Kita tidak mungkin mensifarkan masalah ini tetapi Insyaallah, sesuatu tindakan dng berpakat pasti ada jalan.
AMIN