Haniza Talha.

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) baru-baru ini mengumumkan nama Haniza Mohamed Talha sebagai pemenang hadiah cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) berjumlah RM1 juta bagi bulan Jun 2020.

Nama itu menimbulkan tanda tanya kerana ia sama dengan nama bekas Ketua Wanita Keadilan Pusat yang dipecat keahlian oleh Lembaga Disiplin PKR minggu lalu.

Haniza juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya merangkap anggota Exco kerajaan Selangor.

BSN SSP mengumumkan Haniza Mohamed Talha memenangi cabutan istimewa RM1 juta SSP Jun 2020.

Bagaimanapun, MalaysiaGazette belum mendapat jawapan dari Haniza untuk mendapatkan respon beliau mengenai perkara itu.

BSN menerusi SSP menyediakan hadiah kira-kira RM2 juta sebulan kepada pelanggannya sebagai galakan menambung Sijil Simpanan Premium.

Sementara itu, BSN turut mengumumkan pemegang cabutan hadiah utama, iaitu sebuah BMW X1 sDrive20i Sport yang dimenangi Azita Abd Aziz dari Terengganu, manakala cabutan khas kesetiaan Jun 2020 yang menawarkan hadiah utama Proton X70 dimenangi Madzlan Mohd Salleh dari Kelantan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bertuah lah mereka YG nenyimpan sebegitu lama Dan rezki sekira berjaya dlm cabutan bertuah bertuah pun Sapa YG tahu.msh nenyimpan tunggu orang lain Mana pulak yg dapat!! Tahniah buat YG bernasib baik Hanya dgn nenyimpan shj mudah Sgt.

Comments are closed.