BERLIN – Bayern Munich masih dahagakan kejayaan musim ini meskipun berjaya melengkapkan kejuaraan berganda Bundesliga dan Piala Jerman buat kali ke-13, kata Manuel Neuer.
Bayern, yang sudah merangkul gelaran Bundesliga kelapan berturut-turut, mengatasi Bayer Leverkusen 4-2 pada final Piala Jerman dan memenangi 11 perlawanan berturut-turut sejak saingan bersambung pada pertengahan Mei.
Gergasi Jerman itu antara pasukan pilihan menjuarai Liga Juara-Juara musim ini yang akan berakhir di Lisbon bulan depan dan berpeluang mengulangi treble mereka pada tahun 2013.
Robert Lewandowski mengumpul 51 gol musim ini selepas meledak dua kali pada final berkenaan, dengan David Alaba dan Serge Gnabry turut menemui sasaran. – MalaysiaGazette