Langkah pihak tertentu yang cuba meletakkan calon ‘proksi’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini ternyata tidak berhasil. Ini kerana akhirnya pengundi di kawasan tersebut tetap memberi sokongan dengan memilih wakil rakyat mereka dari parti Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak berkenaan mungkin mahu menguji perpaduan dalam Muafakat Nasional namun pengundi di Chini tidak terkesan dengan semua itu.
Katanya, Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional (PN) telah berjaya dimanifestasikan dalam pilihan raya dan penerimaan rakyat terhadapnya adalah sangat baik.
Mari mengail ikan sembilang
Terlepas ikan ditumis lada
Apalah malang keris bersilang
Kekuatan ada tenaga tiada
Terlepas ikan ditumis lada
Hidup seperti tumbuhan lalang
Kekuatan ada tenaga tiada
Duduk mengharap ihsan orang
Hidup seperti tumbuhan lalang
Nampak subur hidup tak bererti
Duduk mengharap ihsan orang
Ada pemimpin pentingkan diri.
Nampak subur hidup tak bererti
Ditiup angin asyik mengelit
Ada pemimpin pentingkan diri
Demi jawatan habuan melangit
Tetapi masih gah melaungkan slogan…. DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA!!!!
Ikan sembilang ditumis berlada
Nasi dimakan bersama petai
Pemimpin yang gah melaung tiada
ikhlas perjuangan akan terjuntai