Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika mengadakan perbincangan dengan. Ronald Kiandee berhubung melahirkan usahawan berkaitan pertanian di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan bekerjasama untuk melahirkan usahawan berkaitan pertanian (agropreneur)
dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelbagai input pertanian, latihan dan permodenan pertanian ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dibincangkan bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Penglibatan koperasi berasaskan pertanian diharap dapat meningkatkan output dan menambahkan pendapatan koperasi terutamanya dalam menceburi pertanian moden, yang mana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan setuju untuk membantu dan memberikan bekerjasama.

”Saya berharap kerjasama strategik antara MEDAC dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mampu memainkan peranan dalam mempertingkatkan lebih ramai usahawan koperasi yang lebih kreatif dan inovatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada masa yang sama, beliau yakin usaha sama ini mampu melahirkan lebih ramai agropreneur khususnya usahawan muda dan wanita dalam bidang pertanian dan industri makanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast