Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi amaran kepada individu-individu termasuk ahli politik agar bertangungjawab ketika membuat sebarang kenyataan umum.
Katanya, sesiapa yang merasakan diri mereka diancam mahupun ditindas boleh tampil kepada polis. Tambah Abdul Hamid, polis turut ingin mengetahui siapa yang telah dihubungi oleh pihaknya.