Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan kerajaan ada membincangkan mengenai penjajaran semula untuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Menurut Mustapa, perbincangan itu ada dibuat kerajaan bagaimanapun tiada keputusan dibuat setakat ini.
“Ada perbincangan dari pihak kerajaan dengan pihak yang terbabit. Ini masih dalam proses perbincangan yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan dan kita serahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk tangani perkara ini.
“Saya boleh sahkan ada perbincangan tapi keputusan lagi. Apa-apa keperluan oleh tanya kepada Kementerian Pengangkutan,” katanya kepada media selepas menghadiri Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pagi tadi.
Kepada menteri pengangkutan, berkenaan jajaran ecrl peruntukkn sentiasa ada hanya keputasan memihak kepada pengaruh suara rakyat yg menjadi solusinya. Jika laluan pahang terbaik namun negeri 9 juga perlu di lalui sebab hasrat kerajaan BN dan Rakyat merayu ianya di panjangkan perbincangan bagi kesepakatan dalam PN.
T. Ksh Malaysia gazette. Com.
Ecrl adalah projek kebanggaan negara Untuk kemajuan bersama….