KUALA LUMPUR – Bibit-bibit persediaan ke arah Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semakin nyata.

Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, parti itu berhasrat untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), dua tahun lalu.

“Barisan Nasional berhasrat mempertahankan semua kerusi tradisinya sama ada dimenanginya PRU14 atau yang di menangi PRK kemudiannya,” katanya di Twitter.

Pada PRU14 lalu, BN menangani 79 kerusi Parlimen dan menjadi pembangkang apabila tampuk pemerintahan kuasa kerajaan jatuh ke tangan Pakatan Harapan.

Selepas PRU14, BN memenangi enam kerusi PRK berbanding PH yang memegang lima kerusi.

BN memenangi PRK Cameron Highlands pada 26 Januari 2019, DUN Semenyih pada 2 Mac 2109, DUN Rantau pada 13 April 2019, Parlimen Tanjung Piai pada 16 November 2019 dan Parlimen Kimanis 18 Januari lalu.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini awal bulan ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar semua jentera parti harus bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi pembubaran Parlimen pada bila-bila masa.

Jelasnya PRU15 bakal diadakan dalam masa lima bulan akan datang.

Malah katanya kemenangan BN di PRK kesebelas itu mencerminkan referendum kepada PRU15 yang akan ditandingi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Muafakat Nasional yang terdiri daripada UMNO dan Pas turut menjangkakan PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat berikutan kemelut politik negara yang tidak berkesudahan.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak juga turut menasihatkan agar BN bersedia menghadapi PRU15 jika Parlimen dibubarkan bagi mengembalikan kestabilan politik.

Dalam pada itu, Najib berkata gabungan parti itu konsisten menyokong kerajaan PN sehingga PRU15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Habis kerusi UMNO mcm kat Jeli, Masjid Tanah dan kerusi Si Latif Ahmad mulut puaka di Mersing tu cam mana?? Nak kasi gasak juga ker..hee

  2. Umno bn tak yah muafakat tanding je 3 penjuru dgn PN dan PH dah rasa kuat . Kami rakyat sokong melayu Islam saja bukan yg tamak…

Comments are closed.