Dr Mohammad Shatar Sabran.

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyambut baik cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memperkasakan kemahiran keusahawanan  dengan memberi pengisian baharu bagi melahirkan graduan yang berdaya saing.

Jelas Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Mohamad Shatar Sabran elemen kemahiran keusahawan sangat penting dalam melahirkan guru yang serba boleh dan menjadi rebutan dalam industri pendidikan.

“Ini disebabkan pendidikan secara umumnya boleh dipelbagaikan kaedah malah industri pendidikan dilihat begitu cepat mendapat tarikan dan sambutan masyarakat yang bermula dari tadika sehingga peringkat pengajian tinggi.

“Dengan adanya elemen kemahiran keusahawanan itu, mahasiswa UPSI bukan sahaja mampu memberi pengajaran yang baik, malah elemen keusahawanan membolehkan guru memiliki kepetahan dan kemahiran dalam berkomunikasi, kemahiran menyakinkan orang lain dalam perkara yang disampaikan serta bergerak  secara berkumpulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, tidak mustahil, graduan pendidikan yang mempunyai kemahiran keusahawan mampu menjana pendapatan yang lumayan setiap bulan dengan mengadakan  kelas-kelas tambahan  di rumah atau pusat-pusat tuisyen yang ada di seluruh negara.

 “Dengan adanya elemen ini, guru yang dikeluarkan UPSI selain mengajar mampu mempelbagaikan kemahiran seperti mengadakan kelas tambahan yang mendapat permintaan tinggi,” tambah beliau.

Justeru, UPSI menyokong hasrat KPT untuk mempertingkatkan kemahiran keusahawanan dan yakin sama ada secara langsung atau tidak langsung terutamanya dalam kalangan guru lepasan UPSI.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast