Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield hari ini memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Satu pasukan akan ditubuhkan untuk menyiasat semula kesemua saksi yang terlibat dalam inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim selepas cedera paraah dalam kejadian rusuhan di Kuil Maha Mariaman, Seafield, Subang Jaya 26 November 2018.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya masih mengesan saksi yang boleh memberi keterangan bahawa dia melihat anggota bomba itu ditarik dari van EMRS dan dipijak dalam kejadian tersebut.

Katanya, siasatan semula kelak tertumpu kepada saksi-saksi termasuk dua pakar patalogi forensik dan pakar bedah siasat mayat Muhammad Adib sepanjang inkues berlangsung di Mahkamah Koroner selama 41 hari itu di Mahkamah Shah Alam.

“Kami akan cadangkan mengenai penubuhan jawatankuasa kaji semula itu kepada Kementerian Dalam Negeri secepat mungkin kerana ini konsisten dengan kes mendiang seorang model Belanda yang mati akibat terjun dari kondominum.

“Kertas siasatan kajian semula itu akan dirujuk nanti kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, rentetan keputusan Koroner pada 27 September 2019 yang mendapati kematian arwah akibat perbuatan jenayah dua atau lebih orang yang tidak dikenali, polis memulakan siastaan dengan memanggil 30 orang saksi inkues dan seramai 52 saksi baharu telah dirakam keterangan.

Katanya, dua pegawai bomba yang ada paling hampir dengan arwah semasa kejadian juga telah dipanggil semula.

“Malangnya mereka secara konsisten mengekalkan keterangan sama seperti inkues tidak melihat orang yang memukul Adib sedangkan merekalah dua individu yang bersama Adib.

“Malah setakat ini tiada keterangan atau saksi yang dapat mengaitkan keterangan bahawa arwah dibunuh seperti dapatan inkues selain Institut Jantung Negara juga sahkan arwah tidak dapat berkomunikasi dan tidak memberikan pergerakan isyarat sepanjang rawatan.

“Lebih mengejutkan semasa prosiding, wujud percanggahan pendapat sesama patalogis dan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur yang melakukan bedah siasat ke atas arwah Adib,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 JULAI 2020.

Menurut beliau kedua-dua pakar patalogi itu juga telah dirakam percakapan oleh polis namun masih wujud banyak perkara yang berlegar di sana sini dengan pelbagai telahan dan komen.

Ujar beliau, polis masih bekerja keras  mencari sekurang-kurangnya seorang saksi yang dapat meyakinkan polis bahawa dia melihat Muhammad Adib ditarik dan dipukul orang ramai semasa kejadian rusuhan di rumah ibadat di Subang USJ 25 itu.

Malah katanya polis juga memperolehi rakaman video kabur tetapi tidak menggambarkan keadaan insiden tetapi video SPRM menunjukkan lori besar ‘reverse’ melaggar van EMRS di mana Muhammad Adib berada di situ.

“Kita juga panggil pagi tadi seorang individu dari IJN yang telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa dia mendapat ‘dying declarations’ dari Adib sewaktu dirawat kononnya arwah memberi bahasa isyarat namun dinafikan oleh IJN.

“Kita ambil contoh kes model Belanda yang terjun dari bangunan yang mana wujud percanggahan laporan patalogi Belanda dan Malaysia, maka jawatankuasa kaji semula ini akan berperanan untuk kaji yang mana tidak tepat.

“Agak mustahil dan pelik seorang pun tidak tampil sehingga kini dan katakan dia nampak Adib dipukul. Yang menjadi masalah sekarang pada kami adalah pegawai bomba bersama arwah yang secara konsisten berkata mereka tidak nampak Adib diserang.

“Saya tidak ingin katakan polis beria-ia nak tutup kes Adib ini dan lupakan,tapi saya nak cari kebenaran namun banyak kekangan wujud dengan ketiadaan saksi boleh diyakini. sekiranya ada betul bantulah,” seru Abdul Hamid.

Ditanya mengenai status seorang saksi India yang mengakui dia melihat Adib ditarik dan dipukul semasa kejadian, katanya polis telah memanggil saksi itu dan merakam keterangan semula.

Beliau juga ditanya sama ada tindakan saksi menukar kenyataan itu boleh dianggap menipu mahkamah semasa inkues itu berlangsung, Abdul Hamid bagaimanapun menjawab ia akan dirujuk untuk ditentukan Peguam Negara.

“Individu berkenaan telah menukar kenyataan apabila direkod keterangan oleh polis, maka kami akan lengkapkan siasatan dan serahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Sabit kesalahan, tidak kira berapa ramai bilangan mereka, pelampau2 agama ini WAJIB DIGANTUNG SAMPAI MATI MANDATORI!

    Jangan lagi berlengah!

  2. Stuju..buka blik kes LTTE tu..jgn bgi puak2 ni buat jahat di bumi mlysia ni…dah lh pdtg, buat parangai mcn apa tah..

Comments are closed.