Polis masih buntu dalam kes siasatan kematian anggota bomba dan penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim untuk mengesan dan mendapatkan seorang saksi yang boleh mendedahkan dia melihat arwah ditarik dari van EMRS, dipijak dipukul oleh beberapa orang dan sebagainya semasa kejadian pada November 2018.
Oleh demikian kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, polis bercadang menubuhkan pasukan kajian semula untuk menyiasat semula kesemua saksi-saksi dalam kes inkues kematian arwah.