KUALA LUMPUR – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan meminta ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.
Menurutnya, pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang-undang.
Katanya, dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju.
Ujar Ayob, sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh, tidak ada pun yang ‘merungut’.
“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?
“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.
“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob.
Beliau berkata demikian dalam temuramah khas dengan MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru baru-baru ini.
https://www.youtube.com/watch?v=MBSlObccqOo
Untuk rekod, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran sebelum ini pernah dituduh memberi sokongan kepada LLTE.
Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan beliau selepas mendapat arahan daripada Pendakwa Raya untuk tidak meneruskan prosiding.
Gunasekaran, 60, sebelum ini dituduh bersama-sama ahli DAP, V Suresh Kumar, 43; pengusaha restoran, B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 28.
Pada 31 Oktober lalu, Gunasekaran, Suresh Kumar dan Subramaniam masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.
Jabatan Peguam Negara juga sebelum ini membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan LTTE.
Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.
Katanya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang. – Malaysia Gazette
Harap buka balik kes ltte , diasat tomy haran jadah tu sama , kalau boleh bagi dia merasa lokap polis sekali sebagai pengajaran .
Mmg bekas pguam ngra tu tak lyk jadi AG..dia lyk jadi pencacar najis puak2 anjing dap kfir hrbi je…
Tahniah dato Ayub kerane tegas agar org politik jangan smaduk champur dlm hal hal penguatkuasaan undang2.ISA merupekan uudang2 yg amat berkesan untk menentukan semua rakyaat patuh kpd undang2 yg ade, terutame sekali dari pihak pembangkang itu sebad rakyaay perlu berduara agat ISA dikuat kuase kan semula
Yang ditangkap dulu sebab adanya nama ISLAM so tiada masalah sebab ISLAM memang terkenal dengan pengganas. Tapi bila yang ditangkap tu kumpulan penyokong LTTE so jadi masalah sebab LTTE penganut hindu jadi x boleh dibabitkan dengan pengganas. Jadi siapa yang rasis dalam perkara ini, orang melayu islam sering dituduh rasis dan menghina agama orang lain walhal lihat dimedia sosial dan sebagainya, siapa yang rasis dan menghina melayu islam. Pernah ada orang melayu islam pijak tokong buddha or hindu, tapi alquran dipijak2 dan dihina serta azan di permainkan oleh manusia yang kononnya mendakwa sedang didiskriminasi. Apapun syabas datuk KPNJ, diharap dapat dibuka semula siasatan berkenaan LTTE kerana kita tidak mahu cacing naik kemata dan dakwa tommy thomas kerana cuba melindungi kegiatan LTTE dengan kuasa sewaktu menjadi AG. Semoga datuk KPNJ sentiasa diberi kesihatan dan keberanian untuk terus menjadi penegak keadilan buat kami rakyat johor dan seluruh malaysia.
Sesiapa benarbenar didapati bersalah maka wajarlah dia ditangkap. Selepas disiasat didapati tidak bersalah maka juga dia dilepaskan dibebaskan. Inilah proses undang2.Diperhatikan dalam soal orang Melayu Islam selama ini tak pernah terdengar menghina ugama2 lain tetapi tak terdengardengar telinga ini orangorang ugama lainlah yang terlalu sangat menghina Islam berbagai cara yang terlampau melampau melebihi batas. Wajib ambil hukuman tegas tak terlepas agar tak berulang lagi.
Datuk Ayob Khan is a brave man. I have been following all his statements made to the reporters and found him to the right person to be the next IGP. He seems to be an upright person with integrity. He is a man of no nonsense. Just look at his eyes, they speak great volume of what he intends to do to the police force. He intends to revamp the whole police force. His actions this far prove that he is a man of ‘without fear or favour’. I also believe that he has no political affiliation. By that I mean he stands for justice and truth. It is about time, the present IGP who has been appointed by the previous government (PH), should make way for a young and dynamic personality like Datuk Ayob Khan. I am pretty sure, if he becomes the head of the police force, Adib’s case (the fireman who was murdered by some mobs) will be resolved and justice can be served to the family that has been in grief for very long. Those responsible for the murder can be brought to justice. The last thing we want is, Malaysia to be a safe country for its citizens. Certainly, we don’t want our beloved country to be made a transit for human-trafficking, drug processing centre, a hub for terrorism, a place for printing counterfeit US dollars, etc. Anyone close to the PM’s office, I seek your good favour to convey this message to TSM. Let’s do our social obligation to restore the good reputation of our country internationally. May God save Malaysia and its beautiful people.
Bukal balik kes sejuk beku semasa Tommy jd AG