Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai lapan orang rakyat Malaysia dari Uganda selamat tiba di tanah air pada jam 8.25 pagi ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kesemua mereka yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus disaring kesihatan disusuli menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Kesemua warganegara Malaysia tersebut berlepas ke Malaysia menggunakan penerbangan sewaan khas dari Uganda ke Tanzania dan seterusnya penerbangan komersial Qatar Airways dari Tanzania ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Repratriasi ini dibiayai secara bersama oleh kerajaan Malaysia dengan rakyat Malaysia berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu semua lapan warganegara tempatan berkenaan terkandas di Uganda sebelum ini akibat penutupan pintu sempadan negara berkenaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Kamarudin memberi jaminan Kementerian Luar melalui perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara akan sentiasa memantau situasi terkini keadaan rakyat Malaysia di seberang laut bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast