PUCHONG – Lima hari dalam seminggu berdepan kesesakan jalan raya, melayani telefon dan dihimpit beban kerja, apa kata pada hujung minggu mencari kedamaian dengan menghalakan pemanduan anda ke pinggir ibu kota.
Ini kerana minda yang rungsing dan jiwa bercelaru dapat diubati dengan memilih kawasan percutian yang tenang apatah lagi dikelilingi rimbunan pokok menghijau.
Justeru, Espira Kinrara wajib menjadi destinasi bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota bagi menikmati kesegaran redupan ala kampung dalam suasana yang nyaman.
Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tetamu akan menikmati pemandangan padang golf hijau yang menenangkan sebaik tiba serta disambut dengan deruan air dari kolam renang.
Lari daripada hiruk-pikuk Kuala Lumpur, waktu petang pula menjanjikan alunan kicauan burung, gemersik daunan pohon dan terjahan cahaya mentari yang terbenam dari celahan pokok.
Hadirnya malam, suasana romantis bermain di jiwa kala ditemani nyanyian cengkerik serta dibaluti kedinginan malam dalam suasana damai dikelilingi kehijauan hutan.
Jika ke sini, Espira Kinrara atau sebelum ini dikenali Kinra Resort menyediakan bilik-bilik yang selesa apatah lagi menghadap kolam renang yang indah dengan air pancutan.
Empat jenis bilik adalah Standard, Superior, Deluxe dan Premier mengikut citarasa tetamu sama ada datang berseorangan, berpasangan dan keluarga.
Bagi yang ingin menjamu selera dalam suasana tenang, Cafe Anggerik menjanjikan menu yang lazat dan pelbagai berlatar belakang pada golf dan pelayan yang mesra.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika ini, Espira Kinrara menjadi pilihan ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti apatah lagi memiliki taman tema mini buat kanak-kanak.
Namun kesihatan dan keselamatan tetamu tetap menjadi keutamaan pengurusan hotel. Untuk memastikan bahawa anda melakukan perjalanan dengan tenang, semua ahli pasukan hotel & resort kami dilatih untuk beroperasi dalam norma baru.
Prosedur Operasi Standard yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan da Majlis Keselamatan Negara dilaksanakan semasa penginapan apabila menitik berat standard kebersihan tertinggi.
Sepanjang penginapan, tetamu boleh mendapat taklimat berterusan berkaitan protokol dan operasi yang telah dipertingkatkan dengan kakitanga hotel.
Pada masa sama, peningkatan kekerapan pembersihan di kawasan awam kami termasuk lobi, lif, pemegang pintu, bilik mandi awam dibuat dengan pembasmi kuman.
Malah tetamu turut disesuaikan dengan perkhidmatan makanan dan minuman sesuai dengan cadangan keselamatan makanan selain dinasihatkan membersih tangan secara kerap.
Bagi yang ingin berkunjung ke Espira Kinrara bagi menikmati pengalaman pertama, boleh hubungi talian 038079 1000 atau layari lawan web www.kinrararesort.com.my.
Yang penting, tidak tidak perlu pergi jauh-jauh untuk bersantai dan bawa anak-anak bercuti. Umpama mutiara tersembunyi kerana resort ini berada di tengah bandar tetapi suasana di kampung.
Lebih menarik, terdapat dua kolam renang besar untuk dewasa dan kanak-kanak depan pintul balkoni bilik dan bangun pagi boleh terus terjun.
Sementara itu, resort itu kini diuruskan oleh Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd. milik Permodalan Nasional Berhad. – MalaysiaGazette