Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

PUTRAJAYA- Buat pertama kalinya taklimat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tidak dapat dibuat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seperti kebiasaan kerana pengerusi dan ahli PAC masih belum dilantik.

Menurut Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, pembentangan LKAN Tahun 2018 Siri 3 kepada PAC akan diadakan selepas urusan pelantikan pengerusi dan ahli PAC diselesaikan.

Tambahnya, pada kebiasaannya juga, LKAN hanya dibentangkan dua kali sahaja setahun namun LKAN 2018 melibatkan tiga siri berikutan penambahan pengauditan.

Bagi LKAN 2018 Siri 3, sebanyak 12 pengauditan prestasi bernilai RM742.476 bilion telah dilaksanakan melibatkan program, aktiviti dan projek di 10 kementerian.

“Walaupun terdapat kelewatan dalam pembentangan di Dewan Rakyat, namun nilai penemuan audit dan lesson learnt yang dilaporkan dalam LKAN Siri 3 ini masib relevan dalam menambah baik pengurusan program, aktiviti dan projek kerajaan serta pengurusan syarikat kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LKAN 2018 Siri 3 sepatutnya dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat Mac lalu namun disebabkan oleh penangguhan Sidang Dewan dan Perintah Kawalan Pergerakan, kerja-kerja pemuktamadan laporan turut terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast