Angka korban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda Jepun sejak awal Julai bertambah kepada 76 orang.

TOKYO – Angka korban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda Jepun sejak awal Julai bertambah kepada 76 orang, misi mencari dan menyelamat 13 yang hilang masih diteruskan, lapor agensi berita Sputnik, memetik NHK pada Rabu.

Seorang mangsa ditemukan dalam keadaan kritikal oleh anggota penyelamat.

Lebih 15,000 rumah rosak susulan hujan lebat di 21 wilayah di Jepun, kebanyakan yang terjejas di pulau Kyushu.

Hujan lebat dijangka berterusan sehingga minggu ini, memetik pegawai meteorologi.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast