Malaysia menetapkan empat kategori yang dicadang untuk membenarkan perjalanan rentas sempadan dengan Singapura.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, menerusi kenyataan bersamanya dengan Menteri Luar Negeri Singapura, Vivian Balakrishnan semalam, kerajaan telah mengumumkan bahawa sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka secara bersyarat bermula 10 Ogos ini untuk dua kategori pertama.
Katanya, dua kategori itu ialah yang pertama Reciprocal Green Lane (RGL) atau Laluan Hijau Timbal Balik untuk tujuan rasmi dan perniagaan penting. “Pada masa ini, seramai 400 orang seminggu dari setiap satu negara akan dibenarkan untuk menggunakan kemudahan ini.