najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – UMNO perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya dalam menguruskan kerjasama politik antara parti komponen.

Exco Pemuda Pergerakan UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed, dalam PH, parti yang paling bekerja keras ialah PKR dan DAP serta mereka adalah parti yang mempunyai kerusi terbesar dan seharusnya mereka perlu menjadi dominan.

Jelas beliau, selepas bekerjasama dengan Bersatu, PH seolah-olah telah diambilalih oleh Bersatu apabila kerajaan PH dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir  Mohamad mempunyai kerusi paling sedikit dalam PH.

“Bersatu menjadi dominan dalam PH walaupun mempunyai kerusi yang sedikit. Krisis politik antara Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyumbang kepada keruntuhan kerajaan ini.

“Begitu juga dengan UMNO pada hari ini. Walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan PN dan mempunyai kerusi terbesar namun UMNO tidak lagi dominan dan UMNO juga berpontensi menjadi seperti PKR dan DAP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu, tiada istilah ‘tumpang tuah’ dengan populariti UMNO dan kerja keras parti terbesar Melayu itu telah meningkatkan kepercayaan rakyat.

Jelas beliau, selama 22 bulan menjadi pembangkang, UMNO bekerja keras membina semula reputasi parti.

“Kini, kerusi milik UMNO hendak diagih-agihkan secara rundingan. Jika ini berlaku, UMNO akan mati dan mendapat nasib yang sama seperti PKR dan DAP.

“Lebih buruk, kepercayaan ahli dan akar umbi telah dikhianati jika kerusi UMNO tidak dipertahankan. UMNO hanya tinggal sejarah. Sejarah parti yang banyak mencurahkan jasa kepada negara dan kini hanya seperti melukut di tepi gantang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Oleh sebab itu kita kena turunkan Zahid Hamidi yg bukan bersifat alpha… di dalam UMNO pemimpin yg bersifat alpha adalah tok mat… so org-org UMNO wajib beri peluang kepada Tok Mat utk memimpin UMNO…

  2. betul tuan. sepatutnya penyertaan Muafakat Nasional dalam kerajaan PN adalah utk menstabilkan negara sehingga Pru15.

Comments are closed.