Foto Instagram Abby Abadi.

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria meluahkan rasa cinta terhadap isterinya ketika mereka bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5 pada Ogos ini.

Lebih dikenali sebagai Jai, dia berkata, meskipun masih gagal menjadi suami yang terbaik namun Abby tetap mencurahkan kasih sayang kepadanya tanpa rasa jemu walaupun pelbagai ujian dilalui mereka.

“Menangis di saat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama lima tahun ini la aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan padaku.

“Namun, kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayangmu sentiasa menebal dalam dirimu. Kesabaranmu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa keluhan,” tulisnya.

Malah, Jai sempat menitip doa isterinya ditempatkan di syurga bersama kekasih Allah.

“Kasih sayang yang tak pernah luntur. Sayang, lima tahun… maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. Diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan. Maaf ya sayang.

“Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu. Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati,” tulisnya di Instagram miliknya.

Abby dan Jai berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak, Muhmammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast