Terima notis kekosongan DUN Slim, SPR bermesyuarat 23 Julai tetapkan tarikh PRK

Menurut Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak,  Mesyuarat Khas akan diadakan pada 23 Julai di Ibu Pejabat suruhanjaya itu untuk menetapkan tarikh Penamaan Calon dan Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuk daftar pemilih yang akan digunakan bagi DUN tersebut.