TERKINI : Berbelanjalah Untuk Malaysia – Perdana Menteri

Selepas 36 tahun dilancarkan, negara sekali lagi melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 dengan sasaran untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dan menggalakkan pengguna membeli barangan buatan tempatan terutamanya pasca Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kempen Beli Barangan Malaysia juga disasarkan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan syarikat-syarikat tempatan khususnya dalam memperkukuhkan aliran tunai dan daya saing.

Saya ingin menyarankan kita semua sebagai pengguna agar berbelanjalah untuk Malaysia kerana setiap perbelanjaan kita dapat membantu memastikan ekonomi negara kita kekal berdaya saing. “Kita pastikan setiap perbelanjaan adalah lebih nilai untuk wang ke atas produk termasuk produk tempatan yang berkualiti.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast