Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kiri) beramah mesra dengan pekerja ketika mengadakan lawatan di Kedai Tenaga Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Isu gaji pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus menjadi topik yang dibangkitkan pembangkang di Dewan Rakyat hari ini.

Kali ini, Ahli Parlimen Padang (Terap-BN), Datuk Seri Mahdzir Khalid pula menafikan dakwaan kononnya beliau menerima gaji melebihi RM1 juta sebulan sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau menjawab dakwaan yang dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen mengenai isu gaji dan elaun Pengerusi TNB di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya ingin menafikan dakwaan bahawa gaji dan elaun bakal diterima saya selaku Pengerusi TNB adalah melebihi RM1 juta sebulan.

“Kalau gaji saya melebihi RM1 juta sebulan maka kita semua tidak perlu buat kerja lain,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen (Pasir Salak-BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membidas tuduhan Ahli Parlimen (Johor Bahru-PH), Akmal Nasir di dalam perbahasan usul menyokong titah diraja yang mendakwa seramai kira-kira 50 lantikan politik dalam GLC dibayar gaji lumayan dengan purata sebanyak RM50,000 sebulan, tidak termasuk elaun.

Beliau menyifatkan tuduhan itu tidak berasas serta berunsur fitnah dan berniat jahat.

Akmal mendakwa, kerajaan terpaksa membayar kos sebanyak RM25 juta setahun untuk bayaran itu. – MalaysiaGazette

“Gaji saya cuma RM8,000 sebulan” – Tajuddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast