KUALA LUMPUR – Lawatan ke semua Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney pada Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada Hari Raya kedua dan ketiga.
Jabatan Penjara Malaysia berkata, semua sesi lawatan ditutup pada Hari Raya Pertama.
Menurutnya, pelawat perlu mematuhi peraturan lawatan yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Ia termasuk, keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang
beragama Islam sahaja, membuat temujanji dengan institusi penjara yang berkenaan sebelum perjumpaan dilakukan bagi menetapkan tarikh dan masa lawatan.
Pelawat juga dikehendaki membawa Kad Lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan, tidak dibenarkan membawa / memberi sebarang makanan dan minuman kepada penghuni, sebaliknya boleh dibeli dari kantin penjara.
Mereka juga tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni kecuali atas urusan
tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya.
Pelawat juga diwajibkan mematuhi syarat-syarat perjumpaan lawatan pasca Covid-19 yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. – MalaysiaGazette