Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer diarahkan duduk oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, semalam, hari ini perkara sama terjadi ke atas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan yang dilihat berulang kali menggangu perbahasan Ahli-ahli Parlimen apabila isu penjualan aset Tabung Haji dibangkitkan dalam perbahasan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit.

Semuanya bermula apabila Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bangun mencelah memohon penjelasan tentang penjualan aset Tabung Haji.

“Saya ingin minta penjelasan tentang isu yang melibatkan penjualan aset Tabung Haji. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa apakah penjualan itu sedar dia bukan sebab menjual tapi kerana hutang yang ditinggalkan sebelum ini PH yang mewarisinya.

“Tahun 2015 TH plantation telah menjual tanah dan ladang estet Tabung Haji pada waktu itu telah berlaku penjualan saya minta penjelasan,” celah Mujahid.

Bingkas bangun, Shahidan dan mempersoal kenyataan Mujahid.

Perang mulut antara Shahidan dan Mujahid bermula apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan itu.

“Saya amat menunggu RCI,” kata Mujahid.

Justeru itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Azalina Othman Said kemudiannya memberikan keputusan kepada Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit untuk menjawab atau tidak.

Shahidan didapati terus mencelah dan diarahkan duduk oleh Azalina.

“Arau tolong, semua ini tidak ikut peraturan mesyuarat. Tidak boleh Arau.

“Jerai tak bagi. Sila duduk,” arah Azalina.

Azalina kemudiannya menasihatkan agar mana-mana Ahli Parlimen yang ingin mencelah perbahasan menggunakan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat sebagai alasan.

“Yang Berhormat semua, saya betul-betul berdoa dan berharap yang bermaksud faham peraturan mesyuarat 35 dan 37. Saya tahu peraturan mesyuarat 35 dan 37 dipakai iaitu nak minta penjelasan penjelasan ikut Presiden kena kena minta kebenaran pembahas.

“Siapa yang terlepas masa tu saya minta maaf,” tegas Azalina.

Kemudian Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bangun mempersoalkan tindakan Azalina yang membiarkan sahaja Shahidan terus mencelah.

“Semalam Timbalan Speaker tidak membenarkan saya untuk mencelah dan Timbalan Speaker telah pun memberikan arahan semacam referee (pengadil) dalam satu perlawanan gusti 5,4,3,2,1 minta saya duduk saya menghormati Timbalan Speaker dan tak duduk pada hari ini saya perhatikan ketika Arau (Shahidan) bangun,” katanya.

Ahli Parlimen Arau (Shahidan) sekali lagi bangun mencelah dengan berkata: ‘Peratusan Mesyuarat mana yang mahu dibangkitkan ini,” soal Shahidan.

Tidak puas dengan itu, Shahidan mendakwa Mujahid telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat.

“Kenyataan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar tadi mengelirukan Dewan padahal dia sendiri tandatangan satu surat yang membenarkan penjualan perabot dengan harga RM10,000 padahal perabot ini dibeli dengan harga RM22 juta.

Mujahid bingkas bangun dan berkata; “Mana ada! Saya mencelah tidak boleh. Saya minta penjelasan memang peliklah.

Azalina yang cuba menghentikan pertikaman lidah itu mengesyorkan agar Shahidan menggunakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk merujuk Mujahid sekiranya ada kenyataan yang mengelirukan Dewan.

“Kalau (Ahli Parlimen) Arau merasakan seseorang dalam dewan ini melanggar Jawatankuasa Hak dan Kebebasan boleh bawa ke Perkara 36 (12).

“Kalau sesiapa yang mengelirukan Dewan dan menghina majlis itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” kata Azalina lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. memepun Arau ni dari dulu lg sikapnya biadap dan kure ajar…..ala samseng pun ada jugok….cabul kanak2pun ada…..rakyat Perlis khususnya Arau….celiklah….sudah2lah jdkan makhluk ni sebagai wakil kalian…. pilihlah yg lain di kalangan kamu khususnya ore2 Arau, insyaAllah pasti ada jlnnya…….

  2. Sedap mulut awak menulis,awak pun sama je menulis tak beradap,kata orang paku serpih mengata orang dia sendiri lebih

Comments are closed.