KUALA LUMPUR – Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung isu gaji tertunggak pasukan itu.
Baddrol berkata, yang politik di dalam sukan sememangnya tidak pernah menjadi perkara yang baik.
Sebelum ini mereka dijanjikan tunggakan gaji akan selesai, namun sehingga kini, ia masih belum berakhir.
Selama beberapa bulan, pemain paling lama berbakti bersama Kedah itu memilih untuk mendiamkan diri namun selepas kenyataan daripada Sanusi yang baharu dilantik pertengahan Julai lalu itu dilihat telah menjentik dirinya tampil bersuara.
“Saya bersimpati dengan para pemain. Apa yang saya lakukan ini adalah demi mereka.
“Sebagai pemain senior di dalam pasukan, saya berasa kasihan terutamanya kepada pemain-pemain muda yang telah berkongsi cerita mengenai kesusahan yang mereka lalui dalam meneruskan kehidupan harian mereka,” kata Baddrol kepada portal New Straits Times.
Dalam sidang media kelamrin, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah telah mendedahkan yang terdapat di kalangan pemain-pemain Kedah yang bergaji sehingga RM125,000 sebulan.
Difahamkan tunggakan gaji untuk Kedah sudah menjangkau lima bulan dan walaupun sudah kerap kali pemain-pemain menjadikan media sosial sebagai medan luahan perasaan, ia seakan-akan tidak mendapat perhatian pihak sepatutnya.
“Saya sedih dan kecewa. Ia bukanlah sesuatu yang baik apabila bola sepak dipolitikkan. Dan sepatutnya, tiada isu mengenai gaji kami.
“Ia memberi gambaran negatif kepada kami. Sebagai pemain, kami harus dibayar gaji kerana kami juga ada komitmen-komitmen lain,” katanya yang berusia 32 tahun.
Pemain yang mula bermain bersama Kedah sekitar tahun 2005 itu berkata, janji-janji sama bekas Presiden, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum ini masih tidak ditunaikan sehingga saat ini.
Sementara itu, pada sesi latihan Kedah baru-baru ini, pemain-pemain Kedah telah diarahkan untuk menjalani sesi pemanas badan di antara mereka dan mereka dilihat melakukan satu ‘ritual’ pelik.
Mengambil ilham kempen Black Lives Matter dijalankan di Premier League, mereka telah duduk di atas lutut dengan mengangkat tangan ke atas menunjukkan lima jari, seakan-akan memberi gambaran lima bulan gaji mereka masih tertunggak. – MalaysiaGazette
Rasanya Sanusi bleh paham kot isu susah nak makan klu tak dapat gaji sbb sanusi dulu telur sebiji belah lapan jd lauk.
Apa punya presiden daa… Boleh pulak hang perli gaji player 125k tu…hng ingt main liga kg kaa..
buat salah buat taik,
janji bulan janji bintang,
last2…
mengambing hitamkan org lain,
kes yg hampir sama berlaku dalam isu lain,
geng2 nyanyok mmg pandai sungguh belit
Bayaq jaa abis cerita..bukan banyak pon…