KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Alor Setar membuat laporan polis berhubung perhimpunan sekumpulan penyokong dan pemimpin politik yang mengelar mereka kumpulan Bersatu Blakcout di sebuah hotel di Alor Setar pada 18 Julai lalu.
Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihak polis perlu bertindak menyiasat penganjur himpunan itu kerana foto-foto yang disebarkan menerusi pelbagai platform menunjukkan amalan penjarakan sosial tidak diamalkan.
“Kita bimbang akibat kegagalan penjarakan sosial itu akan berlaku jangkitan Covid 19 kluster Bersatu Blackout.
“Amat jelas juga menerusi foto ada yang tidak memakai alat penutup muka, berhimpit antara mereka tanpa penjarakan 1 meter.
“Sebagai warga Alor Setar kami bimbang akubat kegagalan penganjur mematuhi penjarakan sosial, kami, keluarga dan rakan-rakan serta ramai lagi orang berisiko dijangkiti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Menurut Syed Mohd Johan, Pemuda UMNO Alor Setar berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan segera dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak. Kepentingan kesihatan lebih penting daripada mana-mana individu.
Semalam pelbagai pihak terutamanya pembangkang mendesak pihak berkuasa bertindak ke atas para penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah Covid-19.
Artikel berkaitan: Siasat semua, baru adil, kata Najib
Bagaimanapun, beberapa gambar tersebar menunjukkan pertemuan Bersatu Blackout yang dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak mematuhi SOP yang serupa. – MalaysiaGazette