Penyokong Newcastle United tuntut penjelasan pengambilalihan kelab oleh firma arab gagal termeterai.

LONDON – Penyokong setia Newcastle United dilaporkan keliru dan patah hati ekoran pengambilalihan kelab oleh sebuah firma Arab Saudi gagal termeterai.

Sebuah konsortium dimiliki Dana Pelaburan Awam (PIF) pernah bersetuju untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris itu dengan nilai £300 juta pound dari Mike Ashley pad April lalu.

Kini proses itu gagal dicapai dan jurucakap Yayasan Penyokong Newcastle Unite, Greg Tomlinson berkata EPL wajib memberi sebab kenapa proses pengambilalihan kelab oleh pelabur baharu dari Arab Saudi gagal.

“Perkara itu telah menyebabkan para peminat patah hati dan sangat sedih,” keluhnya.

Difahamkan PCP Capital Partners dan Reuben Brothers menarik diri daripada menjadi rakan kongsi syarikat konsortium Arab itu atas dakwaan PIF hilang hala tuju dan kesabaran.

Seornang lagi penyokong kelab itu, George pula berkata para penyokong Newcastle patah hati dan menderita dibawah pemilik Ashley selama 13 tahun tanpa sebarang pelaburan untuk kelab di bawah pengurusannya.

“Kami rasa kecewa dan pelik berhubung perkara pengambilalihan itu.

“Kami masih belum dapat satu gambaran jelas bagaimana rundingan membeli kelab ini bermula tetapi tiba-tiba mendedahkan kelab gagal diambil alih oleh firma syarkat Arab itu,” tegasnya.