KUALA LUMPUR – Polis membuka satu kertas siasatan susulan penyebaran satu video yang memaparkan insiden seorang pengawal keselamatan dipukul dan ditampar oleh seorang saspek lelaki bertarikh 7 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, insiden yang dirakam dalam video berdurasi 44 saat itu dipercayai berlaku di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju, di sini
“Kejadian dipercayai melibatkan saspek warga Pakistan dan mangsa warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan tersebut.
“Mangsa ketika bertugas dengan berpakaian seragam pengawal keselamatan didatangi saspek sebelum dipukul menggunakan sebatang kayu.
“Video ini telah ditonton dan mendapat kecaman pelbagai pihak yang tidak senang dengan tindakan yang diambil oleh saspek,” katanya dalam kenyataan hari ini. .
Menurut Rajab, sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang diterima dari mangsa berkenaan kejadian tersebut.
“Namun satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan oleh polis Wangsa Maju.
“Polis sedang dalam tindakan lanjut menyiasat punca dan sebab kejadian ini berlaku serta menyeru pihak yang terlibat supaya segera tampil untuk membantu siasatan.
“Suspek belum ditahan lagi namun kita sudah dapat maklumat dan akan menjejakinya untuk siasatan lanjut,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Azzuan Bin Sharom (016-2014334) atau Pegawai Penyiasat Kanan DSP Stephen Ganeson (016-376 7390) atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. -MalaysiaGazette
Video Berkaitan :
Working 7 days a week for long hours, often debt bondage from exorbitant recruitment related fees/costs, cheated by Malaysian/Nepali recruitment agencies and brokers, living in squalid accomodation it is often truly barely a human existence @livinglizly @tashny @AnanthalakshmiA pic.twitter.com/44vVJ9LbY3
— Andy Hall (@Atomicalandy) July 31, 2020
Ni bodoh punya manusia ni…aku pun duk kondo..kalau tak puas hati dgn sekuriti pergi lah komplain kat management…tak pun pergi rotan management…bodoh punya manusia…
botak mmg kepala angin nak tunjuk terer ler tu
Hanjing betul si pelaku!! Apa masalah pun ko tak ada hak nak pukul org..
Berbelas kali dipukul.Ini manusia bukannya robot.Binatang pun adakalanya melawan tapi pengawal ini kerana mungkin takut dibuang kerja, terpaksa menahan sakit.Saya harap pihak polis siadat dan ambil tindakan terhadap pelaku.Cuma rada pula pukulan yg serupa dari pihak mangsa @ hukuman yg setimpal.Bodoh punya manusia tidak guna akal.