Jangan Mimpi,” kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengenai hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu bertanding di 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Malah beliau mencadangkan kepada Bersatu Sabah ‘Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat’.
Menurut Shahril, UMNO mempunyai cita-cita berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, namun cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan.