Idris Ahmad
Senator Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP dilihat mengamalkan sikap pilih kasih apabila hanya mahu mencabar arahan kerajaan Pahang kerana mewajibkan tulisan Jawi dalam papan iklan di negeri itu.

Sebaliknya penggunaan tulisan Jawi pada logo tanda halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada produk-produk makanan di negara ini tidak pula dicabar mahupun disaman di mahkamah.

“Tulis Jawi di papan iklan, ADUN DAP saman. Tanda halal dalam tulisan jawi, sebab apa tidak mahu saman. Ini double standard,” kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad di Twitter hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras dari DAP, Chow Yu Hui memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang yang mewajibkan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri itu.

Menurut Yu Hui, permohonan itu difailkan oleh peguamnya, M Manogaran, Jonathan and Chong Kar Yan di Mahkamah Tinggi Kuantan, Rabu lalu.

Permohonan itu untuk mahkamah menyemak semula arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang dilihat sebagai memaksa orang ramai khususnya pemilik perniagaan, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan jawi di papan tanda mereka. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Ni lah ..akibat melayu islam berpecah belah
    .. bangsa lain sudah tidak menghormati bangsa melayu sebagai Tuan tanah ………

  2. Tak yah cabar diorg saman. Cer suh tgk diorg buang logo halal jawi tu dari produk diorg. Mesti pakat tak nak. Silap2 siap puji melambung kata tulisan jawi ni paling best, tulisan universal sbb antarabangsa pun kenal tanda halal dalam tulisan jawi. Kahkahkah.. nak paw duit org melayu ja kerojer

  3. Tak lma lagi lebai2 ni akan saman pula cina kapir yg fasih tulisn jawi ni kerana, jenama arak, kedai babi,kedai no ekor, tokong2 berhala ditulis dlm tulisan jawi seleps ni..

Comments are closed.