Dalam kejadian Khamis lalu, polis menemui mayat wanita berusia 40 tahun itu berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, perkara itu diketahui hasil soal siasat lanjut terhadap suspek, juga merupakan suami mangsa yang kini direman sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan.
“Hasil soal siasat lanjut, suspek mendakwa mereka masing-masing mempunyai kekasih gelap namun tidak dibincangkan sehinggalah mangsa meminta perceraian.
Suspek berusia 41 tahun yang dipercayai menjerut leher isterinya menggunakan tudung dibawa ke Tasik Perdana Putra dipercayai untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan.