nufam
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia diminta mempertimbangkan bantuan kaunseling kepada semua pekerja yang diberhentikan atas sebab Covid-19.

Usaha ini harus diwajibkan bagi setiap skim pemberhentian pekerjaan di semua syarikat yang berpotensi mempunyai pelan untuk mengurangkangkan tenaga kerja.

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) berpendapat, bantuan kaunseling ini penting bagi memberi persediaan mental kepada pekerja terbabit.

”Kementerian Sumber Manusia harus memberi fokus dan keutamaan dalam isu ini kerana ramai pekerja sukar menerima hakikat diberhentikan kerja.

”Kita bimbang jika mereka tidak bersedia besar kemungkinan banyak perkara buruk akan berlaku kepada diri mereka, ,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

NUFAM dimaklumkan masih ada syarikat yang memberhentikan pekerja tidak menyediakan sesi kaunseling buat golongan terlibat.

Oleh itu NUFAM amat bimbang jika isu tidak mendapat perhatian maka impaknya akan menjadi besar kelak nanti.

Dalam keadaan dunia berdepan dengan Covid-19, banyak syarikat penerbangan global telah terjejas dan isu ini telah mendapat banyak perhatian daripada pakar pakar kesihatan mental dan pihak kaunselor

Ini kerana ribuan pekerja penerbangan kehilangan pekerjaan mereka dalam beberapa bulan yang lalu dan ramai lagi mungkin akan kehilangan pekerjaan jika usaha-usaha mengatasinya tidak diambil dengan segera.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa juga menjangka lebih kurang 24 juta pekerjaan di syarikat global penerbangan akan terjejas dalam situasi Covid-19 ini.

”Sebaik mungkin kerajaan hari ini harus meneliti semula dari segi aspek bantuan ini. Bukan sahaja dari segi bantuan prihatin kewangan tetapi juga dengan memberi khidmat kaunseling secara percuma kepada mereka yang telah terjejas dengan keadaan Covid-19.

”Dengan apa yang berlaku hari ini, NUFAM tidak mahu melihat golongan pekerja ini semua terbiar, akhirnya mengambil jalan “terakhir” atas sebab dibuang kerja,”  kata NUFAM. – MalaysiaGazette