KUALA LUMUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup Persimpangan Bertingkat Kajang di Lebuhraya Utara-Selatan, Jalan Susur Masuk Bangi ke Kajang kepada semua kenderaan mulai 10 Ogos hingga 18 Ogos, bermula jam 10 malam hingga 5 pagi.

Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran memotong pokok-pokok besar menggunakan jentera khas dapat dijalankan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.

Sehubungan dengan itu, pelanggan lebuh raya dari arah Selatan/Bangi yang ingin menuju ke Kajang, dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Bangi atau Plaza Tol UPM.

PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua papantanda dan arahan yang disediakan oleh PLUS. – MalaysiaGazette