Pendakwaan rasuah cuba rosakkan reputasi saya, kata Guan Eng

Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meneruskan pendakwaan ke atasnya berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang sedangkan gagal membuktikan kewujudan hasil rasuah sama ada dalam bentuk tunai mahupun dalam akaun bank.