Mohd Shaid Rosli ketika mengadakan sidang media untuk keluar dari Bersatu hari ini.

KUALA SELANGOR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli tidak menolak kemungkinan wujudnya gelombang keluar parti beramai-ramai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Selangor akan bermula hari ini.

Bekas Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor itu menganggarkan sekurang-kurangnya 80 peratus dari 22 Bahagian di Selangor akan bertindak keluar parti dan membubarkan bahagian masing-masing.

“Atas perbincangan saya dengan rakan-rakan daripada bahagian-bahagian lain boleh dikatakan mulai hari ini lebih kurang 80 peratus daripada 22 bahagian boleh terbubar.

“Ini kerana ketua cawangan mahupun jawatankuasa bahagian akan bertindak keluar parti, maka secara automatik bahagian itu terbubar sendiri,” katanya pada sidang media di pejabat di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama jawatankuasa bahagian, 13 cawangan serta lebih 2,000 ahli Bersatu di Kuala Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Dalam pada itu, langkah keluar parti dan pembubaran Bersatu Bahagian Kuala Selangor itu juga akan diikuti kawasan lain pada petang ini di Klang.

“Mereka ada maklum kepada saya begitu juga petang ini pun Bahagian Klang akan membuat sidang media untuk bubarkan bahagian

“Malah esok pun ada dan ia akan berterusan (di Selangor).

“Saya dimaklumkan dua lagi ADUN Bersatu Selangor juga mereka akan turut serta dalam perjuangan ini,” katanya.

Selain Selangor, Bersatu di negeri-negeri lain juga katanya akan mengikut jejak langkah beliau untuk keluar dan membubarkan bahagian masing-masing.

“Saya dimaklumkan juga di peringkat negeri-negeri lain pun ada buat benda yang sama.

“Ini kerana rata-rata ahli Bersatu tidak berpuas hati dengan perbincangan gabungan keluar Pakatan Harapan (PH) serta kerjasama dengan UMNO tidak dibincang di peringkat akar umbi.

“Sepatutnya kena ada mesyuarat agung tergempar (EGM) contoh kita ambil UMNO dan Pas.

“Ketika mereka bergabung membentuk Muafakat Nasional (MN), mereka membuat mesyuarat agung khas untuk minta pendapat AHLI.

“Jadi perkara itu tidak berlaku dalam Bersatu jadi menyebabkan ahli akar umbi merasakan mereka tertipu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Elok sangat lah tu masuk lah Parti Bercerai Roboh pulak. Senang nak usung keranda ke pusara nanti.

  2. Elok laa keluar..ko boleh lah jilat Medey keparat tu..lepas Medey mampos, boleh ramai2 masuk DAP

  3. Hampa ikut la atuk nyanyuk perosak bangsa melayu tu… Bangang betul.. Dah terang2 atuk memecah belah kan bangsa sendiri yang hampa bodoh p ikut dah kenapa… Hampa x dapat ape pun.. Anak2 dia ja yang dapat kekayaan… Hampa semua kena tipu je lah nanti

  4. parti baru nk bukak kan.. klu msuk awai2 ni boleh la jawatan2 tinggi sket. tinggi cita2 dia tu..

  5. Ramai sangt ke korang ni… yg tak ramai ni bersatu sangat kee… lau takat pakai facemask pun tak reti nak pakat2 sama… baik jgn buang masa buat sesak berita jee…

Comments are closed.