KUALA LUMPUR – Hampir setiap masa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa menyebut nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang kelihatan begitu ‘asyik’ menuding jari, memberikan contoh serta perbandingan antara dirinya dengan Najib.
Sejak dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidur lokap SPRM sehinggalah hari didakwa serta sebutan kes – semuanya seolah-olah salah Najib.
Malah Guan Eng juga mencabar atau menyoal SPRM mengapakah Najib telah diberikan ‘layanan’ jauh lebih istimewa berbanding dirinya yang terpaksa tidur lantai papan dalam sebuah bilik sempit tanpa bantal mahupun tilam semalaman.
Guan Eng juga menyoal mengapakah beliau terpaksa memakai baju oren manakala tidak ada ‘penganiayaan’ seperti itu, kata Presiden Makkal Sakhti, Datuk RS Thanenthiran.
Kata Thanentiran, Guan Eng yang juga pernah menjadi Menteri Kewangan seperti hendak membuat perbandingan antara dirinya dengan Najib sepanjang masa seolah-olah dirinya adalah mangsa politik kuku besi.
“Hari-hari Najib. Malah kadang-kadang seperti Najib yang melakukan semua itu. Apa yang lebih pelik apabila Guan Eng, bapanya, Lim Kit Siang, isterinya, Betty Chew semuanya tampil membela diri sebelum sebutan kes lagi.
“Siap beri certificate yang Guan Eng dan Betty sebenarnya adalah mangsa politik dendam. Jika kamu tidak salah, jika berani kerana benar kenapa tiap masa kamu buat sidang media ala Bollywood menangis bela diri?
“Tidak cukup dengan sidang media, kamu hantar pula kenyataan media panjang berjela-jela. Pastinya, dalam setiap kandungan itu ada pula nama Najib. Bagaimana SPRM boleh bertindak sesuka hati?
“Ketika Najib di siasat SPRM, keluarganya di siasat juga di heret ke mahkamah, anda tidak pula kata itu adalah dendam politik. Masa itu anda puji tinggi melangit SPRM, polis dan kerajaan. Mengapa bila kamu kena, isteri kamu kena, semuanya hendak berteriak melolong?
“Kalau kreatif sikit tidak apa, ini pula seperti skrip. Najib, Najib, Najib, isteri Najib, Najib, kemudian Najib lagi. Semuanya Najib. Sudahlah Guan Eng, anda ada peluang bela diri, bersihkan nama. Buat yang sebetulnya dulu.
“Saya bagi anda contoh Najib, saya sentiasa ikut beliau saban kali perbicaraan bertahun sudah kami turun naik dengan beliau, tidak mengeluh mahupun melolong buat sidang media hari-hari. Tidak ada kenyataan media. Beliau terus lawan dan masih lawan.
“Jadilah seperti Najib. Lawan sahaja, cukup,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Secara sinis, Thanenthiran menggunakan dialog seorang artis komedi India Selatan, Vadivelu bagi menggambarkan senario berkaitan.
“Bak kata Vadivelo, ‘jika kamu terluka sehingga berdarah, maka itu adalah luka darah tetapi jika orang lain yang kena, itu bukan darah tapi sos tomato’.
“Begitulah keadaan ‘daif’ Guan Eng dan isterinya Betty ketika ini. Mengapa begitu terdesak untuk kata kamu tidak bersalah seperti ini? Semua ada fakta dan bukti, jika anda kata itu semua itu tidak ada, SPRM tidak efisyen, tiada bukti duit masuk mana, SPRM suka-suka buat begini.
“Jadinya dengan menggunakan barisan peguam yang juga wakil rakyat parti anda sendiri, lawanlah sampai ke titisan akhir. Itu baru gentleman. Janganlah asyik kutip derma, kutipan derma masa kes lama itu kan boleh guna, mengapa anda kutip lagi?
“Kasihan rakyat. Masing-masing susah kerana Covid-19. Masa orang lain susah, saya tidak nampak pula kamu buat sidang media atau kenyataan hari-hari, kutip derma bagai. Retorik sangat sama macam slogan kamu.
“Kit Siang, bapa kamu yang pada awalnya merancang untuk kurangkan berpolitik kini terpaksa aktif balik kerana kamu dan isteri kamu. Selain daripada kamu berdua, tidakkah beliau sebagai Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu ada tanggungjawab terhadap rakyat?
“Kamu tidak bersuara untuk pengundi kamu tetapi untuk anak, menantu bukan main lagi. Itupun salah Najib. Betty pula, bukan sahaja menangis sebaliknya bercakap panjang lebar kononnya sebagai seorang wanita anda teraniya.
“Anda mahu bela suami kamu seorang yang baik. Anda kata anda seorang peguam yang punya kehidupan biasa. Anda hanyalah seorang isteri dan ibu. Habis orang lain bagaimana pula? Yang lain juga kesnya masih di bicarakan tapi anda sudah jatuh hukum.
“Kit Siang kata kalau geledah sekalipun tidak akan jumpa apa-apa seperti beg-beg mahal Datin Rosmah, tapi dalam dakwaan kes kamu, ada transaksi duit ratus ribu tapi awal-awal lagi sebelum biacara sudah bela diri kata itu yuran guaman. Peninglah,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, pendakwaan terhadap Guan Eng sebenarnya dianggap sah kerana mendapat izin daripada Peguam Negara berdasarkan bukti kukuh jadi lebih molek jika kes-kes itu di lawan di mahkamah.
“Janganlah asyik salahkan Najib atau agensi kerajaan dan pihak berkuasa. Cukuplah. Pergilah buktikan adanya keraguan melampaui batas di mahkamah. Jangan asyik ingat boleh kelirukan semua setiap kali.
“Asyik bersolidariti untuk kamu tapi kamu bila pula pernah solidarati untuk yang lain masa mereka di panggil polis mahupun di dakwa di mahkamah? Saya sedang bercakap tentang penyokong dan orang-orang kamu sendiri. Saya tidak minta kamu bersolidariti untuk Najib.
“Cukuplah Guan Eng, cukuplah setakat ini. Makin lama kamu berdrama seperti ini, lagi ramai sebenarnya jadi ‘menyampah’. Lawan di mahkamah, buktikan apa yang kamu cakap hari-hari ini sidang media di mahkamah di depan hakim,” ujarnya. –MalaysiaGazette
Dulu keluarga ini yang paling kuat dalam mengenakan Najib?
Sekarang sudah kena batang hidung sendiri! Harap2 pihak SPRM dapat membuat lebih banyak lagi pendakwaan!
Kalau nak kenal org paling jahat dan licik ni lah dia LGE…dia yang ada kes tapi dia minta org lain yg bayar…dia punya duit satu sen tak nak pakai…tapi kesihan juga masih ramai juga yg bodoh2 nak bagi derma.pernah dengar ke ada lain2 org buat macam ni..cuma dia sorang je yg buat gini di malaysia…
Manusia berlagak , mvmlah bagus sangat .. terimalah akibatnya , tetbukti bersalah hantar je dlm penjara br LGE tahu langit ni tinggi ke rendah ..hahahaaa
Tak tau cerita tapi sembang lebih. Macam yang komen tu baik akhlak dan perangai
Di nasihatkan LGE dan isteri pergilah le Bukit Cina di Melaka dan mansi buang suey di Perigi Hang Li Po. Nanti suey semua akan pergi dan mudahlah dia san isteri di campak ke penjara Kajang atau Pulau Jerejak.
Pandangan yg terbaik…
Goneng manusia baik….x pernah x baik.. Baik slalu.. X baik kata dia x baik…baik baik goneng, goneng sangat baik..itu olang baik.. Baik punya olang, olang yg baik,
Jangan bagi muka lagi pd DAP rasis ni… LGE byk wayang… Siasat tetap siasat… Dari dulu lg yang buruk semua dekat umno bn.. Yg acah2 suci dap & ph.. Pdhal mereka lg byk seleweng duit… Lg baik kalau SPRM siasat keluarga kroni atuk.. Kekayaan melampau…
Bad karma is coming back to Guan Eng and DAP.
Ada sorang lg..ini semua salah Najib..tu atok mabuk tu..semua salah Najib…mcm musibat!