Saksi perbicaraan kes 39B Khairul Bariah dikehendaki di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Selasa depan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 40 tahun dikehendaki oleh polis untuk tampil ke hadapan sebagai saksi membantu perbicaraan kes dadah pada Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita itu bernama Khairul Bariah Rosedi.

Katanya,Khairul Bariah merupakan saksi penting perbicaraan kes dadah di Mahakmah Tinggi Shah Alam.

“Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penama benama Khairul Bariah Rosedi seorang warganegara Malaysia agar memberitahu penama bahawa beliau adalah saksi penting perbicaraan kes Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Jenayah 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Nik Ezanee, saksi diminta hadir ke bicara pada Selasa iaitu 18 Ogos ini.

“Sebarang maklumat sila berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Asrul Izwan Mahizan di talian 019-734 0920.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast