Pemilik peniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut (tengah) ketika keluar bersama peguam, Datuk Shaharudin Ali (kanan) dan Ahmad Amzar Ahmad Azlan (kiri) selepas memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) berhubung kenyataan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid menyifatkan penahanan beberapa anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah kemenangan untuk rakyat.

Menurut beliau, Allah sedang mengurniakan sesuatu yang lebih baik untuk semua dengan menghapuskan pusat judi haram yang bermaharajalela di Sungai Buloh selama ini.

Ditanya mengenai keluhan peniaga di Sungai Buloh berikutan tindakannya itu, Mohd Asri yang juga dikenali dengan panggilan Asri Janggut meminta peniaga tempatan di Sungai Buloh terus bersabar.

“Itu di luar kawalan. sebenarnya macam ini, apa yang berlaku adalah semuanya datang dari Allah, yang berniaga juga pemberian Allah, yang nak gagalkan pun Allah juga.

“Ini ujian dari Allah bukan dari saya. Cuma saya nak minta supaya bersabar dan reda dengan apa yang Allah berikan itu.

“Sungai Buloh hari ini bebas dari maksiat dan mesin judi yang bertapak lama di situ dan juga satu pengajaran untuk kita dan ia denda Allah bersifat sementara untuk kita semua.

“Allah akan berikan yang lebih baik kepada para peniaga di sana dan saya minta mereka terus bersabar, satu-satu kejadian pasti ada rahmatnya, pasti ada hikmahnya,” katanya kepada pemberita di luar Bukit Aman.

Peguam Mohd Asri, Ahmad Amzar berkata, pendedahan itu berjaya membawa kepada tangkapan yang membabitkan rasuah dan salahlaku pegawai MBSA.

“Maka ia bukan pembongkaran sia-sia yang boleh katakan pembongkaran tidak pasti berapa lama yang mana ini baru di Bandar Baru Sungai Buloh, bagaimanapula di negeri lain kita tidak tahu statusnya.

“Asri menjadi pencetus kepada rakyat bahawa sekiranya ada yang mempunyai maklumat boleh tampil menyalurkannnya salah laku rasuah dan sebagainya.

“MBSA patut bertimbang rasa kerana apabila video pembongkaran Asri tular, tiba-tiba dia nak close down semua, seolah olah benda itu baru dibina semalam.

“Patut ada timbang rasa budi bicara dia untuk pemutihan dan memudahkan pendaftaran peniaga tempatan yang mahu mencari rezeki hidup…Kami bukan anti peniaga tetapi anti benda tidak betul,” tegasnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Tahniah cik Asri janggut anda satu dalam seribu..semoga menjadi iktibar kpd pihak berkuasa dan kita rakyat malaysia

  2. Kpd mereka yg terlibat rasuah, kamu tidak sayangkan ahli keluarga kamu ??? Kesian mereka tiada mata pencarian sekarang !!!!!

  3. Sama2 kita beringat dan saling mengingat sesama manusia…RASUAH ITU TERKEJI..Antara jenayah tertua di dunia. Bayangkan…. betapa sukarnya nk jwb dgn malaikat munkar dn nankir kt lubang kubor. Bermewah hya smntara , tertipu tipu daya dunia. Kesian anak bini termkn benda haram… sedihnyeer

Comments are closed.