Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berucap pada Program Penyusunan Semula Peniaga dan Penjaja di Kawasan Bandar Baru Sungai Buloh di Dewab Meranti, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OGOS 2020

SHAH ALAM – Para peniaga yang sudah lama beroperasi di Bandar Baru Sungai Buluh mendakwa mereka menjalani perniagaan dengan aman sehingga berlaku campur tangan dorang luar.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman tidak menjelaskan ‘campur tangan asing’.

Namun beliau menyifatkan peristiwa yang hangat diperkatakan dan tular baru-baru ini melibatkan ketidakpuasan hati susulan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadap penjaja di kawasan berkenaan adalah berpunca apabila pihak tertentu  tidak faham isu sebenar.

“Peristiwa yang berlaku adalah kerana ada yang tidak faham apa sebenarnya isu. Saya perjumpa peniaga pada 8 Ogos berdialog dengan mereka, peniaga mengakui berniaga lebih 10 tahun dalam keadaan aman sehingga berlaku campur tangan orang luar,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Program Penyusunan Semula Peniaga / Penjaja Di Kawasan Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam.

Ujar beliau, selama ini MBSA sentiasa membantu peniaga mahupun penjaja dalam memberikan kelulusan untuk beroperasi meskipun berhadapan dengan tugas yang mencabar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik dalam menangani isu semasa.

“Selama ini kita (MBSA dan peniaga) saling membantu. MBSA dan MBPJ (Majlis Perbandaran Petaling Jaya) antara PBT yang terbaik  dalam Selangor, sebab itulah perbezaan menjadi Bandaraya dengan Majlis Daerah dan Perbandaran ada tugas dan peraturannya supaya keharmonian pembangunan di kawasan tersebut (tertentu) dapat dijaga,” katanya.

Pada 8 Ogos lalu, Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid membuat pendedahan melalui laman Facebook yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahan tersebut yang tular menyaksikan beberapa pegawai penguatkuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Terbaekkkk….terimakasih pndedahan abg janggut. PBT yg ada unsur salahguna kuasa n rasuah bola akan terbingkar?,???…Ingat…prkara bobtok akan terburai jua akhirnya. Hanya bila..cara apa trbongkar…Yg Maha Mengetahui saja yg tahu.

  2. Ini lah contoh menghalau nyamuk dengan membakar kelambu. Sama macam mengundi ph kelmarin. Fikirlah secara berwawasan dan rasional supaya tindakan kena pada sasaran dan tidak menyusahkan kebanyakan orang.

  3. Exco bangang ni masih lagi cuba nk menafikan keujudan pusat judi dikawasan dia. Bila dah jadi barua puak kapir DAP celaka dah tentu tk nmpak kemungkaran depan mata.
    Yg hampa biarkan MBSA angkut habis gerai penjaja² melayu tu pasai pa.. Isu pokoknya adalah premis judi dan rasuah. Tapi depa terus nk menafikan perkara tersebut.

Comments are closed.