Bekas pensyarah kerugian RM1,8777,000 selepas ditipu oleh seorang yang mendakwa dirinya Pegawai Telekom Malaysia’ (TM).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah kerugian RM2.4 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai petugas Telekom, April lalu.

Mangsa berusia 60 tahun dihubungi seorang lelaki memaklumkan mempunyai bil tertunggak dan terbabit dengan kegiatan pengedaran kad kredit palsu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, suspek kemudian kononnya menyambung talian ke Balai Polis Kuantan untuk pemeriksaan.

“Mangsa diberitahu terbabit dengan kegiatan kad kredit palsu dan penggubahan wang haram.

“Mangsa yang takut dengan ugutan suspek mengikuti arahan suspek supaya memindahkan wang simpanan akaun tetap milik mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ismadi berkata, mangsa membuka satu akaun baru di RHB Bank sebelum suspek memindahkan semua wang dari bank berkenaan ke 23 akaun bank milik individu yang tidak kenali.

“Mangsa memberikan semua ciri keselamatan akaun RHB bank kepada suspek kononnya untuk memudahkan siasatan.

“Mangsa mula menyedari ditipu 12 Ogos lalu apabila suspek menghubunginya untuk membuat pindahan wang ke akaun yang lain dan mengugut pihak polis akan melakukan tangkapan sekiranya dia gagal memberi kerjasama,” ujarnya.

Menurut Ismadi lagi, mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu Ismadi menasihatkan orang ramai agar tidak panik sekiranya mendapat panggilan seperti itu.

Katanya, adalah lebih baik jika mereka menghubungi terus pihak yang berkenaan bagi membuat pengesahan lanjut.

Tambah beliau, polis membuka kertas siasat bagi kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast