KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mula mendengar untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas, boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim akan menentukan perkara tersebut berikutan terdapat permohonan semakan kehakiman mengenai pembubaran DUN Sabah.

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli DUN membuat permohonan mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast