KUALA LUMPUR – Satu pengumuman tergempar yang akan dibuat oleh Pas Selangor terpaksa dibatalkan hari ini.

Sesi siaran langsung yang diadakan pada 10.30 pagi itu hanya memaparkan meja kosong dan beberapa microfon sahaja.

Ia berlangsung selama lebih sejam tanpa kelibat mana-mana pihak termasuk pimpinan Pas Selangor.

“Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan majlis penyerahan borang ahli Pas dari bekas aktivis Parti Amanah pagi ini terpaksa ditangguh.

“Namun demikian Pas Selangor terus mengalu-alukan sebarang hasrat mana-mana ahli parti berkenaan yang ingin bersama atau kembali ke pangkuan Pas,” kata Facebook TV Pas Selangor.

MalaysiaGazette turut mengajukan soalan kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mengenai perkara tersebut bagaimanapun Ahli Parlimen Shah Alam itu menafikan dakwaan berkenaan.

“Naudzubillahi min dzalik. Semoga Allah selamatkan diriku dari sifat khianat..

“Gila? Dari kerajaan nak jadi pembangkang?,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Semalam, Facebook parti itu memaparkan akan mengadakan siaran langsung di media sosial itu bagi mendedahkan seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) akan keluar parti dan menyertai kembali Pas.

“Seorang tokoh PAN (Parti Amanah Negara) Selangor dan rakannya akan kembali menyertai Pas.

“Pengumuman akan dibuat jam 10 pagi,” kata parti itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bila anak godfather mereka atau mana2 wakil godfather mereka menyuruh menjual aset2 TH atau ladang2 TH, mereka pun bersorak mengadai aset2 tersebut tanpa ragu2 dan berlengah! Mereka lupa aset2 tersebut dibeli dengan duit pendeposit2 yang berhati mulia, ikhlas yang jiwa mereka 100% kepada TH!

    Kepada PAS, UMNO atau MN janganlah sekali2 menerima PENGKIANAT2 ini!

Comments are closed.