Lakaran artis kediaman Oliveria

KUALA LUMPUR – S P Setia melancarkan Setia Safiro Fasa 2B, satu daripada dua sub-fasa Oliveria yang menawarkan pembangunan rumah berkembar dua tingkat bertema Sepanyol.

Oliveria adalah fasa terakhir untuk projek Setia Safiro.

Sebanyak 50% daripada unit yang ditawarkan sudah dimiliki.

Oliveria ditawarkan dengan ukuran tanah seluas 20 ’x 70’ dan ukuran binaan 1,960 hingga 2,020 kaki persegi.

Lakaran artis Clubhouse Safiro

Pengurus Besarnya, Goh Tzen Sernz berkata, nilai pembangunan kasar projek ini sebanyak RM79 juta.

Kediaman yang menawarkan Clubhouse dengan kemudahan riadah dan kolam renang, gimnasium, taman permainan, surau dan dewan.

Selain itu, projek ini terletak berhampiran dengan sekolah rendah dan menengah, pusat perubatan dan pusat beli-belah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast