Calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi beramah mesra dengan penduduk pada Program Ceramah Kelompok sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Dataran Kedai Felda Trolak Utara, Perak. foto AFFAN FAUZI, 21 OGOS 2020

SLIM RIVER – Amir Khusyairi Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mahu memberi tumpuan untuk membawa suara anak muda sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Amir Khusyairi, 38, juga tidak mahu mengambil kisah dengan kata-kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membangkitkan kedudukannya sebagai pengundi luar.

“Apa yang penting ialah wakil rakyat mesti boleh berkhidmat. Saya anak jati Perak dan Slim River ini dalam Perak. Saya perlu membantu bangunkan Perak, ” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Program Culaan dan Ziarah dengan penduduk di FELDA Besout 1 di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43, dan dua calon Bebas iaitu S. Santhasekaran, 44, dan Amir Khusyairi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Teringat aku wakil rakyat PKR kat tempat aku…entah daripada mana entah, tetiba muncul jer masa PRU. Akhirnya menang dgn sokongan Cina DAP. Lepas PRU, langsung tak nampak muka..kampung banjir ka, org kampung sakit kat, mati ka..tak pernah jenguk….yg ada ialah poster muka dia gantung tepi jalan…tak tau org kampung nak mengadu kat sape..

Comments are closed.