KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang selama ini begitu gah dengan prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) kini mungkin terkedu dengan pendedahan terbaru mengenai penganugerahan projek secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Semalam Parlimen gamat dengan pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai 101 projek berjumlah RM6.61 bilion diberikan secara rundingan terus sepanjang 22 bulan PH mentadbir negara.
Ia sekaligus memberi gambaran bahawa Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP perlu bertanggungjawab terhadap kelulusan perolehan yang diluluskan oleh kementerian yang pernah diterajui beliau, kata Presiden Makkal Sakthi, Datuk Seri RS Thanenthiran.
Katanya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya prinsip serta slogan indah selalunya menjadi mainan DAP dan jari akan segera dituding kepada yang lain.
“DAP ini suci dan bersih. Itu jugalah tanggapan yang diberi oleh mereka kepada umum terutamanya penyokong mereka. Kini terperangkap pula dengan pendedahan seperti ini. Jika semalam Guan Eng seperti hendak tegakkan benang basah.
“Hari ini kata Guan Eng, kelulusan bagi beberapa projek secara rundingan terus ketika zaman PH adalah lumrah dan perkara biasa, lawak apakah ini? Bukan dulu kamu bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad bermati-matian mahu hapuskan rundingan terus?
“Apa yang lebih membinggungkan ialah apabila ada pendedahan bahawa rundingan terus ini tidak pula dibawa ke perbincangan Kabinet sebelum kelulusannya, hebat sungguh cara ini. Memang kebal dan sungguh berkuasa.
“Jadi apa gunannya bercakap tentang pemimpin salah guna kuasa? Apa gunanya bercakap tentang ketelusan dan integriti? Pendedahan ini sesuatu yang saya anggap sungguh memalukan dan pastinya mengecewakan penyokong tegar PH terutamanya DAP.
“Lepas ini mulalah episod tuding menuding, kemudian jika tidak tahan sangat akhirnya segelintir individu itu akan dikenakan tindakan saman kerana banyak juga pengamal undang-undang dalam DAP. Itulah kesudahannya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Semalam pada sidang Dewan Rakyat, Tengku Zafrul mendedahkan Guan Eng telah meluluskan tender terhad berjumlah RM6.6 bilion kepada kontraktor pilihannya.
Bekas Menteri Kewangan itu juga didakwa sengaja menyembunyikan perkara terbabit apabila tidak membentangkan kepada Kabinet tentang pemberian terus 101 projek kepada kroni-kroni PH-DAP.
Thanenthiran berkata, beliau juga tidak faham mengapa kini Lim Kit Siang yang juga merupakan bapa kepada Guan Eng berdiam diri.
“Mengapa pula Lim Kit Siang mendiamkan diri? Selalu melompat-lompat, jika isu ini dikaitkan dengan pemimpin lain pastinya dalam beberapa minit sudah ada kenyataan panjang lebar bagaimana Malaysia harus diselamatkan daripada ‘kleptokrasi’.
“Anda adalah insan pertama yang akan membuat bising apabila berlakunya pembongkaran salah guna kuasa, rasuah, skandal dan pelbagai perkara. Betul atau tidak, anda akan membuat penghakiman terlebih dahulu. Mengapa kini tidak ada lagi apa-apa dari anda? Kami menunggu jugalah.
“Janganlah putar belit kononnya itu adalah perkara biasa, kerajaan BN jauh lebih ‘corrupt’ untuk menghalalkan perbuatan anak kamu. Beri penjelasan yang ikhlas, yang adil kerana hakikatnya anda sepanjang karier politik begitu lantang memperjuangkan isu-isu seperti ini.
“Janganlah apabila kena batang hidung sendiri, terus diam terus cakap biarlah mahkamah tentukan kebenaran, telah dianiya dan segala macam lagi, tolonglah ya,” tegasnya.
Dalam pada itu, Thanenthiran juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memberikan pencerahan dengan segera supaya rakyat tidak terus termakan atau keliru dengan pembohongan segelintir pemimpin pembangkang dalam isu ini. – MalaysiaGazette
‘Anak borek,bapak rintik’…itulah Lim Gone End & Lim Ken Cing. Say goodbye to Hollywood @ Pulau Pinang & welcome to Sg Buluh.. sembahyang kuat2 !!!
Tuhan Maha Kaya & Tuhan tak pilih bulu..@ Maha Adil