Gambar hiasan

KITA adalah bangsa yang kuat, dibina atas runtuhan kota Melaka yang hancur berderai kerana pengkhianatan. Kita adalah bangsa yang bermaruah, dibina atas kehendak orang orang miskin dan petani nelayan.

Kita adalah bangsa yang berjiwa besar, rela berkongsi rumah kita dan membinanya bersama. Kita adalah bangsa Malaysia yang kuat, bermaruah dan berjiwa besar. Kita adalah, rakyat kepada negara yang mulia.

Tapi kita takut untuk menghadapi hari esok, yang penuh misteri dan penuh cabaran. Kita gentar untuk melawan dan meredah, kerana kita masih muda. Kita khuatir dengan apa yang mungkin berlaku pada masa depan kita, sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Namun semua itu, telah kita lalui selama 63 tahun bersama, sebagai sebuah bangsa yang kuat dan merdeka, bahagia dan bangga, kerana kita memegang erat tangan keluarga kita, tanpa mengira warna kulit mereka.

Tugas kita adalah membina bangsa, dengan kasih sayang dan cinta, sebagaimana ia pernah didirikan oleh ayahanda dan bonda kita, yang telah mendakap erat keluarga kita, tidak mengira perbezaan agama dan bangsa.

Biarkan mereka, yang hanyut dengan kuasa dan nama, terus berdiri di hujung gaung, melaga laga atas nama Tuhan, melaba laba atas nama bangsa keramat Melayu, biarkan mereka. Kelak, atas kehendak Tuhan, mereka akan tersadung dan terjatuh ke dalam lembah yang paling hina dan menjijikkan.

Bangsa Malaysia sepatutnya belajar, bagaimana Cikgu Catherine Janet Tiwi sanggup membakar diri menyelamatkan dua orang rakannya, tidak sebangsa tidak seagama, hanya berkongsi asal negara.

Atau kisah Kapten Mohan Chandran A/L Velayuthan yang terkorban demi kedaulatan dan demi tanah sakti ini. Atau jasa Mendiang Prof. Dr. Khoo Kay Kim yang telah menggarap jati diri leluhur bangsa Malaysia dalam RUKUN NEGARA yang memaknai erti sebenar KEBEBASAN, KEADILAN bersulamkan PERSAUDARAAN. Mungkin ketika itu, kita benar benar mengerti erti cinta.

Kita perlu ajarkan kepada anak anak kita, adik adik kita, bahawa tidak mulia pun Melayu berbanding orang Cina atau India. Atau lahir sebagai Orang Asli bukan satu perkara yang jelek, tetapi indah. Kita perlu buat mereka percaya, bahawa Tuhan tidak melihat kita kerana warna kita, tetapi pada apa yang tersemat dalam jiwa.

Mereka perlu tahu, rasa lapar anak Melayu di Chow Kit sama saja dengan rasa lapar anak Orang Asli di pedalaman Aring. Air mata derita anak Cina di Kundasang sama saja dengan air mata derita anak India di Cameron Highland. Kita perlu ajar mereka, bahawa kita rakyat dan musuh kita bukan sesama kita, musuh kita ialah mereka yang meranggah tanah kita yang kaya raya ini.

Yang merampas cita cita untuk mereka ke sekolah, ke universiti. Yang merampas impian ibu ibu demi keluarga yang lebih bahagia. Yang merampas pergi harapan kita, untuk melihat Malaysia yang berfungsi untuk semua.

Kita tidak boleh mengalah dan menyerah, kita tidak boleh jadi tukang angguk dan tukang geleng. Kita perlu terus membina, melawan dan merempuh apa jua tembok halangan yang membatasi cita cita kita. Negara ini terlampau mewah dan kaya raya untuk dibolot seorang dua, negara ini terlampau mewah dan kaya raya untuk membiarkan impian seorang ibu tunggal hanya tinggal impian, untuk melihat anaknya berjaya dan untuk membuka warung kecil tempat dia berniaga. Kita tak mahu rumah mewah, cukup sekadar untuk menumpang teduh untuk semua orang. Kita tak mahu Udang Galah, kita cuma mahu rakyat kenyang, semuanya, tanpa perlu ada yang meminta minta. Kita mahukan kebebasan, keadilan dan kekitaan menjalar dalam diri sekalian rakyat kita.

Selamat ulang tahun ke 63 Bondaku, Malaysia. Tanah sakti pusaka leluhurku, semoga bahagia, dirgahayu dan bangga ! Abadi selama lamanya.

Nukilan Anak Malaysia

 

1 Komen

  1. Luahan hati anak Sarawak mengenai sejarahnya! Ianya sebahagian dari sejarah PENTING tanahair yang WAJIB direkodkan didalam buku2 teks sekolah!

    Baca dan hadamkan apa yang Adam Lawrence katakan:

    Mana Sejarah Cina Di Bumi Sarawak?

    Aku bukan rasis…

    Tapi aku tulis untuk mengingatkan agar kita hidup di dunia ini setidak-tidaknya reti bagaimana menghormati orang lain, tambah lagi jika kita ini menumpang.

    Sarawak asalnya dihuni bangsa Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan dan lain-lain.

    Kami adalah penduduk asal sejak ribuan tahun, bukannya baru 100 atau 50 tahun yang lalu.

    Orang Cina yang memandai mengajak orang Sarawak supaya tuntut untuk keluar dari Malaysia di Sarawak itu adalah bangsa atau kaum yang TIDAK ADA asal usul di bumi Sarawak ini.

    Kamu orang Cina TIDAK ADA sejarah tumpah darah melawan menjajah.

    Sila namakan seorang bangsa kamu orang Cina yang pernah melawan penjajah di bumi Kenyalang ini???

    Jadi, kamu yang merupakan kaum pendatang yang masih baru mendatang tidak perlu hendak ajak atau cuba menghasut bangsa asal di bumi ini supaya keluar Malaysia.

    Sejarah hidup yang ada pada bangsa kamu adalah sebagai komunis memerangi bangsa aku sendiri… ada!!!

    Tanah kami ada adatnya, ada ceritanya dan ada sejarahnya.

    Di mana bangsa kamu, semasa James Brooke serang kami dahulu?

    Siapa nama pahlawan kamu yang berjuang bersama kami?

    Kami Iban digelar Sea Dayak kerana datang dari hulu pendalaman ke tepi laut yang asing mempertahankan kedaulatan tanah kami.

    Saya ingin berpesan kepada kaum kamu kaum bangsa Cina golongan pendatang ini, jangan sesekali hidup sebagai bangsa yang KURANG AJAR di tanah orang lain, kemudian berlagak macam orang asal di sini.

Comments are closed.