KUALA LUMPUR – Anak Tun S. Samy Vellu, Datuk Seri S.Vell Paari antara empat individu yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara baharu kali ini.

Mereka akan hadir ke Parlimen untuk mengangkat sumpah dan memulakan tugas rasmi sebagai senator pada 2 September ini.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia, Muhd Nor Aswadi Md Nor dalam kenyataan media hari ini berkata, keempat-empat pemimpin berkenaan adalah pelantikan baharu sebagai ahli Dewan Negara.

Vell Paari merupakan ahli lantikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Manakala tiga lagi ahli merupakan lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Kedah.

Mereka adalah Mohamad Apandi Mohamad dari lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Ahmad Yahaya dan Datuk Wira Othman Aziz juga DUN Kedah, dua-dua dari DUN Kedah.

Istiadat mengangkat sumpah keempat-empat ahli Dewan Negara lantikan baharu itu akan berlangsung jam 9.45 pagi di Dewan Negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.