Antoine Griezmann

MADRID – Antoine Griezmann dilaporkan telah membuat ketetapan sejak awal lagi untuk meninggalkan Barcelona serta mertp.

Bagaimanapun, Pengurus baharunya Barcelona, Ronald Koeman memujuk Griezmann untuk mengubah fikiran meninggalkan kelab itu.

Koeman telah mengadakan pertemuan semua pemain sejurus selepas dilantik sebagai ketua jurulatih the Catalans.

Difahamkan dalam pertemuan itu Koeman meminta beberapa pemain utama mencari kelab baharu.

Luis Suarez merupakan antara pemain yang diminta meninggalkan kelab kerana tiada dalam perancangan pembangunan pasukan baharu.

Bagaimanapun Griezmann diberitahu Koeman bahawa dia merupakan pemain yang berada dalam pelan pembangunan pasukan baharu sebelum membuat keputusan kekal di Nou Camp.

Koeman juga dikatakan mahu Griezmann kembali beraksi di posisi kegemarannya selepas rombakan besar-besaran selesai.

“Oleh kerana dia bukan pemain sayap secara neutral, maka kita perlu membiarkan dia beraksi dalam posisi kegemarannya supaya dia boleh mempamerkan kebolehannya untuk membantu kemenangan pasukan.

“Sebagai ketua jurulatih saya bertanggungjawab untuk mengetahui dan mendapatkan yang terbaik daripada pemain dalam pasukan,” ujar Koeman. – MalaysiaGazette