Harry Maguire beraksi bersama Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Harry Maguire beraksi bersama Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

MANCHESTER – Harry Miguire menceritakan ketakutan serta saat getir yang dilaluinya semasa ditahan dan digari polis Greece minggu lalu.

Kapten Manchester United itu menceritakan dia panik dengan tanggapan dirinya mungkin diculik ketika digari polis.

Polis mendekatinya dalam keadaan pakaian biasa tanpa memperkenalkan diri mereka sebelum menariknya keluar dari bas mini di Mykonos.

“Mereka juga pukul di kaki saya sambil menakutkan dengan kata-kata bahawa karier bola sepak saya sudah lenyap. Saya panik dan tidak dapat memastikan siapa mereka sebenarnya cuba melarikan diri dalam keadaan hanya tangan sebelah bergari,” ujarnya.

Pada Selasa lalu Maguire dijatuhi hukuman penjara 21 bulan dan 10 hari bagaimanapun digantung selepas dibicarakan di Pulau Greek.

Dia didapati bersalah cuba menyogok wang kepada pegawai polis yang menahannya, cuba melawan dan menghalang pegawai polis daripada menjalankan tugas.

Bagaimanapun hukuman itu dibatalkan atas dasar ia adalah kesalahan pertamanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast